Thursday, January 27, 2011

Solar



Welcoming Signboard


Salam kepada semua pembaca,

Terasa baru sahaja masuk di dalam tahun 2011, kini bulan Januari hampir meninggalkan sejarahnya tersendiri.

Banyak perkara yang telah berlaku di sepanjang tahun 2010 dan tentunya ia menjadi satu titik tolak kepada perkembangan inovasi yang baru demi untuk memperbaiki kualiti hidup.

Pengalaman KEZO consult terlibat di dalam projek pemasangan Solar Panel di Solar Valley di Melaka agak menarik untuk dikongsikan bersama. 'Sun Power' sebagai pengeluar unggul pane
l solar di negara ini membuat kejutan di mana pemasangan panel solar yang terbesar merangkumi kawasan bumbung kilangnya seluas kira-kira 120m x 450m memang mencabar minda.

Sayup mata memandang

Besarnya kawasan.... ye memang besar sangat besar dan lebih besar beberapa kali saiznya daripada padang bola. Jika
lau kebiasaannya kelihatan solar panel 'ditampalkan' di atas bumbung rumah atau tiang-tiang lampu dan telefon. Kesukaran yang timbul bukan sahaja setakat coverage kawasan yang besar akan tetapi Client tidak membenarkan sebatang paku pun menembusi metal decking bumbungnya.

Pandangan dari luar

Bangunan yang tersergam indah boleh di lihat dengan jelas dari jalan utama (main road), ditambah pula persekitaran yang lapang dan sudah tentulah masalah angin (wind load) yang menjadi sasaran utama bagi Engineer. Wuhh berpeluh jugak nak cari idea un
tuk memecahkan masalah ini.


Ye apabila ada masalah masa itulah orang akan ingat kepada engineer. Beberapa perkara lain juga perlu diambilkira di dalam membuat rekabentuk seperti laluan petugas untuk membuat penyelenggaran, ketahanlasakkan material yang hendak digunakan memandangkan udara dari laut yang berdekatan dan juga sinaran UV matahari.

Setelah bertungkus lumus membuat modelling dan kajian, akhirnya inilah dia gambaran kasar penyelesaian kepada masalah tersebut.

Atas sebab-sebab tertentu (polisi syarikat) tidak lah dapat saya menceritakan di sini lebih detail. Namun sepanjang penglibatan saya di dalam engineering ini, projek ini adalah salah satu daripada pengalaman tersendiri hasil gabungan element kejuruteraan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment